Sunday, April 21, 2013

Cerita Sweet.

Assalamualaikum.
Dalam sehari, dua cerita yg agak sweet berlaku dalam hari ni.
Bukan jadi kat aku, kat orang sekeliling aku.
Ada sorang tu, pakwe dia hadiahkan percutian ke Krabi untuk mereka berdua,
dan lagi dua orang bawak kawan perempuan tu. Auwwww. Tahu tak krabi tu sangat cantik.
Sila google sekarang. Makanya pakwe dia beli 4 tiket flight lah semua sekali.
wuuuu, nak pergi krabi jugak. Nak pergi naik kereta pun boleh.
Dari perlis ke krabi, ambil masa 5 jam setengah.
Kawan aku dan classmatenya pergi naik train, okay jugak kan.

Petang tu aku balik Penang.
Sampai dan siap bawak turun barang dalam pukul 6 petang.
Tumpang bilik yana dulu, sebabnya aku tak daftar lagi.
Kebetulan bella dengan anis ajak tumpang bilik dorang jugak.
Around 7 bella call suruh aku siap, ajak aku keluar.
Ada suprise untuk anis malam ni.
Then lepas solat maghrib, bella bawak masuk kereta dalam, so dia ambil aku depan bilik.
Pergi Sunway Carnival dulu, agak agak sampai pukul 9 kena habiskan masa dekat situ.
Sebab pukul 9 zam, pakwe anis, juga classmate sem satu aku, suprise tu pukul 9.
Yang anis ni ajak makan kat nasi ayam kat dalam sunway.
Memang tak lah, jap gi nak makan lagi.
Pukul 9 gerak ke D'pauh. Ingatkan sikit, rupanya housemate zam ada, qiu ada, then ramai lagi.
around 20 orang lelaki kawan zam, and 3 of us perempuan.Sampai sana, anis duk sebelah zam, mengadap aku.
Dah duduk semua, tetiba kedai makan yg sangat ramai org tu, pasang lagu happy birthday.
Dari belakang anis, waiter bawak kek ke meja letak depan anis, weeeeee.
Then waiter bawak burger saiz king. Untuk 4 orang ye makan burger tu.
Satu burger saiz king tu 28 tak silap. Makan kek dulu, dua slice.
Kek secret recipe zam tempah, kek vanila, atas tu penuh strawberry.
Sedaaap, seriously. Aku makan sampai dua slice.
Dah lepas tu, aku meratah fries, salad. Last aku makan burger yg dah dipotong 4.
Burger yg dah dipotong 4 tu besar sikit dari burger biasa yg kita beli tu.
aku makan dua potong. means separuh burger tu, hahahaha. sebab qiu hulur dekat aku.
Sebelah aku ada lebih satu. Then ada lebih satu dan ada burger tu yg tak dipotong langsung lagi,
dan ada juga lagi half tak habis. Sebab banyak sangat.
Then nak balik, jalan ke kereta. Tetiba zam suruh anis bukak bonet.
Bukak, penuh dengan belon, dan ada hadiah satu set body shop dengan barney.
Weeee. Dan kalau nak tau, kereta yg ktorang naik tu kereta zam.
Anis takde lesen, tapi untuk kemudahan anis, zam bagi kunci dekat anis, dan kalau nak keluar
bella yg drivekan. Respect zam. Susah nak cari macam ni.


Dan bila balik tu, aku yg sedih, sebab sebab sebab, hmm, yelah, siapa yg tak sukakan suprise kan.
Aku pun mesti lah suka. Sedih lah, sebab tak pernah dapat macam tu. Sobsob.






1 comment: