Thursday, October 25, 2012

Ehemmmmm.

Assalamualaikummm.
Post ni memang khas untuk seseorang. dah lama tak menulis, tangguh tangguh entah sampai kapannnn.

Selalu rasa apa yang Allah bagi kat aku sekarang ni sangat istimewa. Tak pernah rasa apa yang aku rasa sekarang. Yee, orang lain akan cakap, "ala, kau dah sayang, semua nya kau nampak yang baik".

Tidak.

Dia lain. Walaupun aku kenal dia baru dalam 6 bulan, rasa macam dah lama sangat. Lama sebab dia pandai kawal aku. Ya Allah, hanya aku dan keluarga sahaja yang tahu betapa complicatednya aku ni. Emosi cepat berubah bila bila masa sahaja. Selalu je rasa nak sesuatu benda dengan sempurna.

Tapi dia sabar, sabar sangat sangat layan pernagai mengada ngada aku. Sabar sampai aku tahu sabar dia dah limit. Walaupun aku tahu dia dah penat, walau aku tahu dia dah kendurkan suara dan akan mengalah, aku terus buat dia hilang sabar.

Kadang kadang pernah terlintas dalam hati aku, "Ya Allah, aku sangat melampau".

Tapi entah kenapa, dia tetap akan tenangkan aku. Jelaskan apa yang baik apa yang tak baik.
Pujuk dengan selembut lembutnya kalau aku tak habis habis melenting.

Yeeee, itu sebelum ni, sejak sebulan dan lately ni, dia dah tak reti nak pujuk aku macam biasa,
mana aku tak melenting macam tu? aku pun ada perasaan, mana aku tak marah, kalau sebelum ni boleh, tetiba pulak dah tak reti.

Whatever it is, Dia sahaja yang tahu betapa aku sangat bersyukur sebab Allah bagi seseorang yang sangat memahami.
Marry someone who reminds you to Allah every single of your day.
Yes, walaupun belum hidup bersama, tapi tetap rasa dia akan jadi imam yang baik, InsyaAllah.
Semoga Allah permudahkan segalanya, semoga berjalan selancar lancarnya.
Semoga dimurahkan rezeki. Semoga kuat jodoh. Semoga hati tetap dan tidak berbalik. Semoga Allah permudahkan laluan untuk bersatu. Semoga kesabaran dia dan kekurangan aku memberi persediaan untuk jadikan kehidupan akan datang menjadi lebih baik.

bun : apa pun yang terjadi, semoga perasaan sayang takkan berkurang, tak kisah la dari pihak sesiapa :)


)

No comments:

Post a Comment