Monday, October 29, 2012

Ego.

Assalamualaikum.

masalah lelaki ni simple je, which is EGO.
lelaki sanggup pertahankan ego daripada mengaku perasaan dorang.

as an example.
adam hawa.
kalau betul betul am suka kan ain, tell her the truth and act like you love her.
and afraid of losing her.
ni tak, diam je, lepas tu gaduh.

egolah tu
samalah macam orang tu, kalau betul sayang, act like you do.
ni tidak, buat dia marah, gaduh je.

jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya. jangan terlalu mengagumi dan jangan menganggapnya begitu istimewa. anggap dia manusia biasa, apabila sekali dia melakukan kesilapa bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. dan akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya. sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan terus hingga ke akhirnya. jika kamu telah memiliki sepinggan nasi, yg pasti baik untuk dirimu, mengenyangkan, berkhasiat. mengapa kamu berlengah cuba mencari makanan yang lain. kelak nasi itu akan basi dan kamu tak boleh memakannya. begitu juga jika kamu bertemu dengan seorang insan, yang pasti membawa kebaikan kepada dirimu, menyayangi, mengasihimu, mengapa kamu berlengahcuba membandingkan dirinya dengan yang lain. terlalu mengejar kesempurnaan. kelak diri sendiri yang terasa kehilangan

Saturday, October 27, 2012

:):):):)

Assalamualaikum.

dari petang tadi mata tak stop menangis ni.
tak keluar bilik, tak makan. tahniah dayah, tahniah.
then tergerak hati, nak pergi kampus.my. then as usual, stalk someone.
and yes, memang sambil baca tu, lagi menangis non stop.
tak sangka, dia bukak account kat situ semata mata nak kutuk aku. tak sangka.
thanks. tak sangka, itu orang yang aku sayang, yang aku cari tiap tiap pagi.
aku pun, tak pernah nak post seburuk macam tu kat twitter aku.
aku tahu jaga maruah dia, aku tahu.
sakit, tahu? sakit tahu tak?

paham tak aku dah lama menangis? tetapi still ada perasaan sakit hati tu.
tahu?

ps: bila saya letak smiley lebih dari satu, means saya tak okay.


Friday, October 26, 2012

pagi raya,

Assalamualaikum.

tak boleh tidur dari malam tadi.
aku ingat dia nak call aku ke apa malam tadi.
petang hari rabu tak boleh call, dah nak balik sini. malam hari rabu pun, tak boleh.
pagi hari khamis, katanya nanti, baru sampai rumah, tengah hari hari khamis pun tak boleh, katanya tak sihat.
aku tunggu sampai malam tadi, tunggu sampai dua lebih jugak, pusing kiri pusing kanan berjuta kali,
tak boleh nak tidur. kau faham apa perasaan aku? 
pagi pagi ni bangun subuh tengok hp, takde pape, tengok no maxis, ramai orang text, tapi bukan dia.
bukannya aku keraskan hati tak nak text dia dulu, bila aku tengok last sekali bbm,

'aku orangnya'
'cakap lah lagi'
'aku tak layan pun'
'sebab mood aku tengah tak baik'
'aku tak sehat'
'aku penat'
'aku nak rehat'

aku batalkan niat, sebab, sakit sangat.
yee, memang aku tunggu call dari dia, memang.
dah tau buat salah, tak reti nak mintak maaf?
mahal sangat agaknya nak mintak maaf?
tinggi sangat ego kau?

awak, selamat hari raya korban.
semoga terkorban sikap selfish dan sikap ego awak tu.
sedih kan jadi aku?
bila tengok dekat twitter aku, aku tweet kemain happy dengan semua orang, kan.
tapi ada dorang tahu apa aku rasa? tak, dorang tak perlu tahu pun.

Thursday, October 25, 2012

Ehemmmmm.

Assalamualaikummm.
Post ni memang khas untuk seseorang. dah lama tak menulis, tangguh tangguh entah sampai kapannnn.

Selalu rasa apa yang Allah bagi kat aku sekarang ni sangat istimewa. Tak pernah rasa apa yang aku rasa sekarang. Yee, orang lain akan cakap, "ala, kau dah sayang, semua nya kau nampak yang baik".

Tidak.

Dia lain. Walaupun aku kenal dia baru dalam 6 bulan, rasa macam dah lama sangat. Lama sebab dia pandai kawal aku. Ya Allah, hanya aku dan keluarga sahaja yang tahu betapa complicatednya aku ni. Emosi cepat berubah bila bila masa sahaja. Selalu je rasa nak sesuatu benda dengan sempurna.

Tapi dia sabar, sabar sangat sangat layan pernagai mengada ngada aku. Sabar sampai aku tahu sabar dia dah limit. Walaupun aku tahu dia dah penat, walau aku tahu dia dah kendurkan suara dan akan mengalah, aku terus buat dia hilang sabar.

Kadang kadang pernah terlintas dalam hati aku, "Ya Allah, aku sangat melampau".

Tapi entah kenapa, dia tetap akan tenangkan aku. Jelaskan apa yang baik apa yang tak baik.
Pujuk dengan selembut lembutnya kalau aku tak habis habis melenting.

Yeeee, itu sebelum ni, sejak sebulan dan lately ni, dia dah tak reti nak pujuk aku macam biasa,
mana aku tak melenting macam tu? aku pun ada perasaan, mana aku tak marah, kalau sebelum ni boleh, tetiba pulak dah tak reti.

Whatever it is, Dia sahaja yang tahu betapa aku sangat bersyukur sebab Allah bagi seseorang yang sangat memahami.
Marry someone who reminds you to Allah every single of your day.
Yes, walaupun belum hidup bersama, tapi tetap rasa dia akan jadi imam yang baik, InsyaAllah.
Semoga Allah permudahkan segalanya, semoga berjalan selancar lancarnya.
Semoga dimurahkan rezeki. Semoga kuat jodoh. Semoga hati tetap dan tidak berbalik. Semoga Allah permudahkan laluan untuk bersatu. Semoga kesabaran dia dan kekurangan aku memberi persediaan untuk jadikan kehidupan akan datang menjadi lebih baik.

bun : apa pun yang terjadi, semoga perasaan sayang takkan berkurang, tak kisah la dari pihak sesiapa :)


)

Tuesday, October 23, 2012

Semoga Hanya Kerana Allah.

Assalamualaikum.
Ya Allah kau peliharalah dia dan lindungilah dia walau di mana dia berada
bila ada yang sayang, jangan lukai hatinya. saya dah lukakan hati awak, saya mintak maaf.
bila ada yang cinta, jangan kamu titiskan air matanya. bila ada yang menanti pastikan kamu kembali. bila ada yang setia, lakukan yang sama. bila dia pergi. kejarilah selagi merasa dia bererti. selagi mereka ada, hargai dan sayangi mereka.

Allah hantar saya untuk awak, Allah yang hadirkan perasaan ini untuk mencintai awak.

merisik khabarmu dalam tadahan doaku.

tunggu bun sampai rumah, haha

Friday, October 5, 2012

No title.



Aku Yang Tersakiti
Pernahkah kau merasa jarak antara kita
Kini semakin terasa setelah kau kenal dia
Aku tiada percaya teganya kau putuskan
Indahnya cinta kita yang tak ingin ku akhiri
Kau pergi tinggalkanku
*courtesy of LirikLaguIndonesia.Net
Tak pernahkah kau sadari akulah yang kau sakiti
Engkau pergi dengan janjimu yang telah kau ingkari
Oh tuhan tolonglah aku hapuskan rasa cintaku
Aku pun ingin bahagia walau tak bersama dia
Memang takkan mudah bagiku tuk lupakan segalanya
Aku pergi untuk dia
Tak pernahkah kau sadari akulah yang kau sakiti
Engkau pergi dengan janjimu yang telah kau ingkari
Oh tuhan tolonglah aku hapuskan rasa cintaku
Aku pun ingin bahagia walau tak bersama dia
(walau tak bersama dia)
Oh tuhan tolonglah aku hapuskan rasa cintaku
Aku pun ingin bahagia walau tak bersama dia

Monday, July 30, 2012

Mags 10 :)

Assalamualaikum.
probably its already a stale story.
but i'm still eager to post it.
Location: McD Seri Manjung, Marina Island









apa sangat hp aku nak dibandingkan dengan hp raja. sobs. tak mampu nak pakai ipongg.



















Sunday, July 15, 2012

Busy

assalamualaikum.
gua busy dan busy for this semester.
kerja bertimbun. perlu tahu, gua bukan budak account, budak hotel apa semua yang tak serabut dengan study. now i realised kata puan Masyitah. no wonder she get mad when im taking this courses.
kata dia, course yang paling susah. yes, i do admit. tapi aku tak boleh berpatah balik.
gua kena teruskan jugak. memang aku balik. aku balik bersebab.
aku balik, perlu tahu, ku tak melekat di rumah, tolong ibu, seharian jadi driver.
aku balik haritu pun takde masa nak keluar dengan faezah.
maafkan, kalau ada msg yang tak ber reply, call yang tak berangkat.
kalau tak aku stress dengan minggu ni, takde lah sampai mabuk makan durian, sampai pagi pagi dah kena pergi hospital. PEACE.
jarang online guna laptop, walaupun dah dapat laptop baru, it seems like takde function.
function dia untuk csc, nak print.
yang fb, twitter, yang mana naik noti dekat bb, baru aku reply.
ada yang text me during my classes, sebab tu tak reply, then terus langsung terlupa nak reply.
mintak maaf banyak banyak eh.
tidak lagi menulis di sini, di blog yang lagi satu.
akhir sekali, mintak maaf yaa :)

Saturday, April 28, 2012

Saya.

Assalamualaikum..
so sekarang ni, pertimbangkan pada yang sudi. memang takdir dah ditetapkan.
tapi korang tahu kan, tiada apa yang dapat mengubah takdir melainkan doa? so apa lagi, doa banyak banyak.
saya yakin cakap ibu.istikarah petunjuk kala keliru. means, boleh berubah lah takdir kalau berdoa kan? yang saya baca dalam solusi.
apa yang menghalang seseorang hamba untuk pasrah dengan istikarah, selain dari rasa sombong dan takbur kepada ilahi? Rasulullah Saw yang dikurniakan mukjizat, maksum dari segala dosa, namun masih sudi sujud lewat istikarah. kenapa? kerana baginda begitu rendah hati mengaku lemahdan tidah tahu apa yang terbaik untuk diri dan umatnya'

kalau rasa dah ada orang ajak kawen, dah rasa nak ajak orang lain kawen, istikrah lah cepat, hikhik :p
so from now on, pertimbangkan mana yang sudi :)