Wednesday, April 24, 2013

Ouhhh Kraaaaaaabi. (Krabi)

Assalamualaikum.
Wuarghhh, lately ni ada perasaan yg sangat kuat nak ke krabi, haha.
Tetiba nak describe Krabi.



"Krabi (Thaiกระบี่) is a town (thesaban mueang) on the west coast of southern Thailand at the mouth of the Krabi River where it empties inPhangnga Bay. As of 2005 the town has a population of 24,986. The town is the capital of Krabi Province and Krabi district. Tourism is an important industry."

Centara Grand Beach Resort tu sangat lawaaaa, haha. Hikhik, saya nak stay situ :p
Railay Bay Resort pun sangat lawa.
Kalau agak time tu tiket flight takde promotion, boleh je naik kereta.
Dari perlis ke sana 5 jam setengah. Nak naik train pun boleh.
Tapi faham jelah kan, train lambat lah sikit kannn.

Phranang Island:






Phi Phi Island









Huarghhh, nak pergi sekaranggggg. Kawan kawan aku ni macam bercadang nak ke sana jugak dengan kereta, harap mereka setuju lahhhh, weeee. 






Hari Hari.

Assalamualaikum.
Tiap tiap hari keluar dah ni sejak sampai Penang.
Ahad, petang dah keluar ke sunway, sambut birthday.
Isnin lepas habis kelas keluar dengan soya dan fifi. ke jj, carrefour, sunway.
Isnin adalah hari yg sangat panjang, panjang cerita, dan hampir penang kami pusing, haha.
Petang selasa pun ke jj dengan bella, anis, soya.


jalan jalan kat guardian, pusing watsons, jumpa baby lotion ni terus beli, hihi.


terus beli shampoo sekali :p
rambut dah pendek macam amoi, so guna shampoo kurang sabun pun takde masalah, haha.

Sunday, April 21, 2013

Cerita Sweet.

Assalamualaikum.
Dalam sehari, dua cerita yg agak sweet berlaku dalam hari ni.
Bukan jadi kat aku, kat orang sekeliling aku.
Ada sorang tu, pakwe dia hadiahkan percutian ke Krabi untuk mereka berdua,
dan lagi dua orang bawak kawan perempuan tu. Auwwww. Tahu tak krabi tu sangat cantik.
Sila google sekarang. Makanya pakwe dia beli 4 tiket flight lah semua sekali.
wuuuu, nak pergi krabi jugak. Nak pergi naik kereta pun boleh.
Dari perlis ke krabi, ambil masa 5 jam setengah.
Kawan aku dan classmatenya pergi naik train, okay jugak kan.

Petang tu aku balik Penang.
Sampai dan siap bawak turun barang dalam pukul 6 petang.
Tumpang bilik yana dulu, sebabnya aku tak daftar lagi.
Kebetulan bella dengan anis ajak tumpang bilik dorang jugak.
Around 7 bella call suruh aku siap, ajak aku keluar.
Ada suprise untuk anis malam ni.
Then lepas solat maghrib, bella bawak masuk kereta dalam, so dia ambil aku depan bilik.
Pergi Sunway Carnival dulu, agak agak sampai pukul 9 kena habiskan masa dekat situ.
Sebab pukul 9 zam, pakwe anis, juga classmate sem satu aku, suprise tu pukul 9.
Yang anis ni ajak makan kat nasi ayam kat dalam sunway.
Memang tak lah, jap gi nak makan lagi.
Pukul 9 gerak ke D'pauh. Ingatkan sikit, rupanya housemate zam ada, qiu ada, then ramai lagi.
around 20 orang lelaki kawan zam, and 3 of us perempuan.Sampai sana, anis duk sebelah zam, mengadap aku.
Dah duduk semua, tetiba kedai makan yg sangat ramai org tu, pasang lagu happy birthday.
Dari belakang anis, waiter bawak kek ke meja letak depan anis, weeeeee.
Then waiter bawak burger saiz king. Untuk 4 orang ye makan burger tu.
Satu burger saiz king tu 28 tak silap. Makan kek dulu, dua slice.
Kek secret recipe zam tempah, kek vanila, atas tu penuh strawberry.
Sedaaap, seriously. Aku makan sampai dua slice.
Dah lepas tu, aku meratah fries, salad. Last aku makan burger yg dah dipotong 4.
Burger yg dah dipotong 4 tu besar sikit dari burger biasa yg kita beli tu.
aku makan dua potong. means separuh burger tu, hahahaha. sebab qiu hulur dekat aku.
Sebelah aku ada lebih satu. Then ada lebih satu dan ada burger tu yg tak dipotong langsung lagi,
dan ada juga lagi half tak habis. Sebab banyak sangat.
Then nak balik, jalan ke kereta. Tetiba zam suruh anis bukak bonet.
Bukak, penuh dengan belon, dan ada hadiah satu set body shop dengan barney.
Weeee. Dan kalau nak tau, kereta yg ktorang naik tu kereta zam.
Anis takde lesen, tapi untuk kemudahan anis, zam bagi kunci dekat anis, dan kalau nak keluar
bella yg drivekan. Respect zam. Susah nak cari macam ni.


Dan bila balik tu, aku yg sedih, sebab sebab sebab, hmm, yelah, siapa yg tak sukakan suprise kan.
Aku pun mesti lah suka. Sedih lah, sebab tak pernah dapat macam tu. Sobsob.






Friday, April 19, 2013

Hantaran.

Assalamualaikum.
Saya belum berkahwin lagi, dan belum ada perancangan pun bila nak kahwin.
Tetiba mengisi masa lapang nak senaraikan apa yg aku nak untuk hantaran nanti, haha.
Saya ni calon pun takde lagi haaa. Future husband, nanti buat buat lah macam tak baca blog saya,
dan buat suprise bagi hantaran cenggini, okay, start berangan dah.

1. Telekung
-telekung tu nak yg cotton, yg ada sulam semua, haha. :p

2. Rainbow Al- Quran
-Rainbow Al Quran tauu, kalau boleh yg ada terjemahan lah, nanti boleh awak mengaji, saya bacakan terjemahan, eh ehhh :p

3. Satu set SK-II
-dalam tu mestilah ada

1) Facial Treatment Gentle Cleanser 120g.

2) Facial Treatment Essence 330 ml.


3) Facial Treatment Clear Lotion 150ml.


4) Facial Treatment Cleansing Oil 250 ml.



5) Cellumination Essence EX 30 ml

6) Whitening Spots Specialist 30ml or 50 ml

7) Skin Signature Eye Cream 15 gm

8) Facial Treatment Repair C 15ml.

9) Signs Eye Mask

10) Facial Treatment Mask

Banyak sangat ke future husband yg saya tak tahu nama? Haha, 3 je saya mintak. Yang ke empat tu terpualng. Kalau awak nak bagi kunci kereta untuk hantaran boleh gak, hikhok :p
Saya demand? Sikit lahhh :p





SK-II Facial Treatment Essence.



Assalamualaikum.
Sedar tak sedar dah 25 hari aku pakai Facial Treatment Essence.
Hooo. Seriously, pakai first week pun rasa dah nak menjerit.
Nampak sangat effect dia. Kulit aku ni dah la berparut. Cepat sangat parut tu pudar.
Jerawat pun dah kurang naik. Kalau ada jerawat pun cepat sangat kering. Wehehehehe.
Dulu aku rasa aku lah manusia yg punya kulit paling hodoh. Selalu marah kat kulit muka.
Sekarang aku dah hargai kulit aku yg satu ni. Puihh, lebih lebih pulak puji.
Tapi seriously lah, effect dia sangat cepat. Faktor pertama, mungkin kulit aku dan sk-ii serasi.
Sebelum ni lagi teruk. Try pakai Loreal, ok lah sikit. Loreal pun dah agak pricey untuk student.
Macam dah putus asa, mungkin takdir kulit aku mcm ni. Nak dijadikan cerita, aku pergi online,
geledah geledah, jumpa trial set. RM 60 for 30 ml. Just imagine, kalau 30 ml kau pakai untuk sebulan,
sehari dikira dua ringgit tahu kau pakai. Whatever it is, worth to buy.
Sekarang ni untuk permulaan, aku pakai FTE je baru. Bila dah Nampak effect, boleh lah lepas ni beli toner dengan cleanser sekali. Untuk sebulan punya bajet, boleh dapat yg RM 80 dekat satu website ni. Original, seriously. Kalau tak original, takkan aku pakai ada effect kan? Kalau tak ori, mesti kulit aku jadi lagi teruk. Beli online pun lagi murah, sebab orang orang yg menjual tu pun beli directly dari Jepun.